Seri Baiduri_Cakna Ilmu
Sunday, February 21, 2010
Wednesday, February 3, 2010
"Beberapa Pesanan Hikmah"
Hayati pesanan ulama seperti berikut :
"Jangan mengikat hati kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka".
"Jangan mengikut hati pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hari hak orang lain".
"Jika hati terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah kerana takut miskin dan nanti jadi pak turut pada bisikan syaitan".
"Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hati sebab hati seorang mukmin goncang dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal".
"Kuatkan hati untuk taat. Kurangkan kerisauan. Seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran".
"Redha dengan kehidupan yang sederhana. Apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu mencari banyak dan sememangnya ditujukan untuk akhirat".

Monday, January 4, 2010
Dipimpin Atau Memimpin
Dipimpin Atau Memimpin
www.iluvislam.com
oleh: lutfihafifi
Editor: deynarashid
www.iluvislam.com
oleh: lutfihafifi
Editor: deynarashid
Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan. Tidak kira siapapun, kita diberi Allah S.W.T kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita. Samada DIPIMPIN atau MEMIMPIN semuanya harus kembali kepada ALLAH S.W.T, yang lebih MAHA BERKUASA kepada hambaNYA.
Ramuan Memilih Pemimpin
Ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri Muslim sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun. Bersikap adil pada kehendak sosial haruslah difikirkan dengan lebih terbuka dikalangan kita. Menjadi “Juri” merupakan salah satu pilihan yang harus dipilih oleh kita sebelum menjadi “Hakim” terhadap pimpinan yang bakal dipilih. Keadaan masyarakat, suasana sosial, kehendak sekeliling haruslah diambil kira dalam menilai siapakah pimpinan yang bakal menerajui sesebuah oraganisasi itu.
Silap Memilih, Hancur Bersilih
Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir. Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam. Ianya jadi beban, beban yang berat bagi mereka yang merasai. Tidak dinafikan ianya cukup-cukup susah dan kritikal untuk dinilai, namun ianya satu yang subjektif untuk kita kaji serta huraikan dengan lebih terperinci siapakah pimpinan yang bakal kita pilih dan ianya bukan objektif untuk terus kita tentukan. Itu kelebihan perkara yang subjektif. Tidak perlu tepuk dada tanya selera. “ketuk hati dan akal, selera itu pelbagai-bagai”.

Artikel Penuh: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1810
Subscribe to:
Posts (Atom)