Wednesday, February 3, 2010

"Beberapa Pesanan Hikmah"

Hayati pesanan ulama seperti berikut :

"Jangan mengikat hati kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka".

"Jangan mengikut hati pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hari hak orang lain".

"Jika hati terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah kerana takut miskin dan nanti jadi pak turut pada bisikan syaitan".

"Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hati sebab hati seorang mukmin goncang dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal".

"Kuatkan hati untuk taat. Kurangkan kerisauan. Seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran".

"Redha dengan kehidupan yang sederhana. Apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu mencari banyak dan sememangnya ditujukan untuk akhirat".


No comments:

Post a Comment